Hantaran kahwin

Hantaran kahwin merupakan adat yang masih diamalkan.Hantaran biasanya dalam angka ganjil seperti 5 dibalas 7, 7 dibalas 9 dan seumpamanya.

Idea Untuk Hantaran Dari Pihak Perempuan Kepada Pihak Lelaki

Hantaran Baju Melayu

Lebih baik jika ia lengkap bersama songkok dan kain samping

Hantaran Jam Tangan

Kebanyakan jenama mempunyai set couple yang sesuai untuk pengantin

Hantaran Kasut

Pastikan anda tahu saiz dan jenis kasut kegemarannya, sama ada kasut kulit, sneakers dan sebagainya.

Hantaran Set Minyak Wangi

Pastikan pasangan anda berkenan dengan wangian tersebut sebelum anda membelinya

Hantaran Wallet

Ia merupakan barang kegunaan harian, jadi sangat praktikal untuk dijadikan hantaran

Hantaran Cincin

Aksesori seperti cincin perak, cincin platinum dan cincin zamrud menjadi pilihan golongan lelaki zaman sekarang

Idea Untuk Hantaran Dari Pihak Lelaki Kepada Pihak Perempuan

Hantaran Beg Tangan

Dapatkan beg tangan yang memenuhi cita rasa pasangan

Hantaran Kosmetik

Banyak jenama menawarkan pakej alat kosmetik khas untuk dijadikan hantaran perkahwinan

Hantaran Kasut

Merupakan antara idea hantaran yang paling popular

Hantaran Sirih Junjung / Tepak Sirih

Merupakan adat dalam perkahwinan orang Melayu dan dapat digubah kreatif.

Hantaran Barang Kemas

Rantai, cincin atau gelang pasti akan menggembirakan hati pengantin perempuan

Hantaran Mas Kahwin

Boleh diberikan dalam bentuk tunai dan digubah secara kreatif atau diberikan dalam bentuk cek dan dibingkaikan

Idea hantaran yang menarik

Hantaran Wajib Adat Resam

Hantaran Sirih Junjung/ Tepak Sirih

Hantaran Wang Tunai/ Mas Kahwin

Hantaran Bunga Rampai

Hantaran Berasaskan Hobi Dan Minat

Hantaran Games

Hantaran Haiwan Peliharaan

Hantaran Buku

Hantaran Kamera

Hantaran Makanan

Hantaran Kek Dan Coklat

Hantaran Buah- Buahan

Hantaran Makanan Sunnah

Hantaran Makanan Tradisi

Hantaran Barangan Dapur

Hantaran Tupperware

Hantaran Alatan Memasak

Hantaran Bahan Memasak

Hantaran Alatan Elektronik

Hantaran Telefon Pintar

Hantaran Komputer Riba

Tips memilih barang hantaran:

  • Anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang disediakan dan senarai barang hantaran kedua-dua belah pihak. Bincang, pilih dan beli bersama-sama.
  • Tetapkan kombinasi jumlah barang hantaran kedua belah pihak, yang sedikit pihak lelaki dan lebih pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka ganjil. Jika perempuan 9 lelaki balas 7.
  • Jika boleh elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak. Tetapi jika anda bercadang ingin memberi barangan yang banyak dan melebihi jumlah dulang yang dirancang, gandingkanlah barangan yang sesuai diletakkan dalam satu dulang. Sebagai contoh, Al-Quran+sejadah, Buah +coklat, Kasut+bag tangan).
  • Diingatkan dalam senarai barang hantaran perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju kurung atau baju yang rasanya menutup aurat, kasut, beg tangan, set minyak wangi, kek, buah, coklat) setidak-tidaknya ada juga manisan atau buah tangan untuk ahli keluarga pengantin.
  • Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan tray yang anda guna. Pastikan anda tahu saiz tray jika tidak semua barang tak muat untuk digubah. Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.
  • Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar pasti sukar nak mengubahnya kerana kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan kecil. Contohnya pilihlah saiz beg tangan sederhana atau kecil.
  • Sirih junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sirih. Untuk hantaran perkahwinan sirih junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.
  • Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran.

1 comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *