Kad kahwin

Dalam melangsungkan perkahwinan, tetamu memainkan peranan yang sangat penting dalam memeriahkan majlis. Oleh itu, anda sebagai tuan rumah perlu bijak dalam melayan tetamu.

 Bagaimana? 

Buat mereka rasa dialu-alukan untuk menghadiri majlis tersebut. Kehadiran mereka dinanti-nantikan anda sekeluarga. Kehadiran mereka menggembirakan anda sekeluarga. Kehadiran mereka menambahkan kemeriahan majlis.

Salah satu cara untuk menunjukkan keikhlasan dalam menjemput tetamu ialah melalui kad kahwin.

Sebelum itu, anda perlu tahu bahawa peranan kad kahwin bukan sekadar untuk mencantikkan majlis sahaja.

Jadi, apa yang ada pada kad kahwin?

Seterusnya, mari kita kenali kertas yang digunakan untuk menghasilkan kad kahwin.

Jenis-jenis kertas kad kahwin

Jenis-jenis kertas kad kahwin

SIMILI PAPER

  • Terdapat dalam pelbagai ketebalan ( 80gsm, 100 gsm, 120 gsm)
  • Mempunyai kualiti yang sama dengan kertas A4 biasa
  • Tidak berkilat dan sesuai untuk dicop atau untuk menulis menggunakan ball pen atau gel pen

ART PAPER/ ART CARD

  • Lebih tebal daripada simili paper
  • Sesuai untuk dijadikan kad jemputan dan poskad
  • Permukaan yang lebih licin daripada simili paper, tetapi masih boleh ditulis dan dicop
  • Jenis ketebalan Art Paper ( 100 gsm, 120 gsm, 150 gsm)
  • Jenis ketebalan Art Card ( 260 gsm, 310 gsm)

IVORY

  • Mempunyai permukaan kertas yang tidak licin
  • Lebih mahal berbanding Art Card
  • Mempunyai ketebalan 230 gsm

FINE LINEN/ FINE VEIN / MODERN EMBOSSED

  • Mempunyai ketebalan 230 gsm
  • Mempunyai tekstur yang berbeza-beza
  • Lebih mahal berbanding Art Card dan Ivory

PLATINUM WHITE

  • Mempunyai permukaan yang berkilauan yang seakan ‘platinum’
  • Paling mahal
  • Mempunyai ketebalan 250 gsm

KERTAS PVC

  • Merupakan material yang tahan lasak, kalis air dan tidak mudah koyak
  • Mempunyai ketebalan 200 gsm

1 comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *